13 June 2014

Belajar Huruf Hijaiyah Tunggal Berbaris Dhommah

Hari ini, saya akan kongsi pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa saya praktikum pada awal tahun (2014) yang lalu. Tajuk yang saya akan ajar ialah Huruf Hijaiyah Tunggal berbaris dhommah (depan). Bahan Pengajaran untuk subjek Tilawah al-Quran ini biasanya untuk set induksi saya akan meminta murid menyanyikan lagu yang banyak huruf "u". Agak-agak lagu ape ye saya suruh murid-murid nyanyi..hehe..ini contoh lagu tersebut;


After that, murid meneka huruf apa yang paling kerap disebut dalam lagu tersebut. Jika murid x dapat, kita cuba buat mimik muka dengan mengulangi bait2 yang mengandungi banyak huruf u tersebut.. so, murid akan dapat meneka..murid bijak cepat meneka..Kebetulan murid yang saya ajar merupakan murid 1 Kenanga..cepat diorang teka.

BBM saya yang paling simple ialah seperti gambar di bawah. Saya akan sentiasa membawa ke setiap kelas saya ajar jika saya dilanda kekangan masa dan kemurungan yang serius..huhu;



Teknik membaca cara ini adalah antara cara berkesan kepad murid lemah. Biasanya saya akan memberi masa untuk murid membaca, lepas tu saya akan meminta murid membaca. Jika berjaya membaca..tepukan bil alif akan kedengaran..jika tak berjaya membaca, tepuk sekali..macam pengakap pula ye..akan saya dan lain-lain murid sajikan..hehe


Biasanya, akan akan membuat aktiviti secara berkumpulan..al-maklumlah murid ramai 40 orang time ni.. selepas murid menyebut dan membaca Iqra atau buku teks atau kad huruf atau kad perkataan. Contoh di atas itu..adalah antara contoh aktiviti yang saya laksanakan. Nama permainan ini...gelang pelangi..saya tampal perkataan-perkataan mengikut tajuk yang sayaa ajar, saya gulung-gulung kertas warna..pastu saya ikat dengan tali lembut..

Permainan ini mudah sahaja.. saya meminta ketua kumpulan mencabut undi..no berapa..saya namakan..contohnya kumpulan 1-Abu Bakar..dan sampailah kumpulan enam..saya akan tanda di atas kertas mahjong..saya membaling manja dadu bernombor dan saya meminta semua ahli kumpulan keluar di depan..setiap murid dikehendaki mengambil satu gelang pelangi seperti contoh di bawah ini;


Macam inilah gaya murid saya..murid lain dikehendaki senyap..kalau bising..hehehe..markah ditolak..budak2 tahun 1 ok la buat permainan ni..kalau tahun enam..hmmm alamat bising satu sekolah..hehe..pemenang diberi hadiah...opppss ..belum lagi .. ada .seronoklah murid..


pastu saya sambung baca lagi seperti gambar di atas..lepastu bagi lembaran kerja pula..atau homework dalam buku aktiviti..saya terus menyemak beramai-ramai..lepas tu saya pastikan semua murid letak buku di hadapan saya mengikut kumpulan..kumpulan yang bising..potong lagi markah..ha..class dah nk habis baru kira markah..pastu kasi present..love my pupils..muuuuaaaaah..that's all today..