11 June 2014

Belajar Huruf Jawi Tunggal

Alhamdulillah..ketika ini saya berada di Tun Sri Lanang Library, UKM Bangi untuk membaca coretan-coretan ilmu di samping mengisi masa sementara menunggu posting interim. Harapannya..saya tidak tidur lagi di library yang sejuk ini. hehe. 


Baiklah, pada hari ini saya nak kongi Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk subjek Pendidikan Islam (Jawi) Tahun 1 yang saya aplikasikan dalam bilik darjah semasa berada di Sekolah Kerubong pada tahun 2013 hingga pertengahan tahun 2014 hasil perkongsian daripada guru-guru yang lebih berpengalaman. BBM ini boleh digunakan untuk menilai murid, teknik menulis dan lain-lain lagi. Jom aplikasi bersama-sama..

BBM yang pertama ialah menggunakan plastesin


BBM yang kedua ialah saya menggunakan ikan kertas untuk murid 
mudah meneka dan menulis huruf



Ketiga, BBM yang saya aplikasikan ialah dengan menggunakan surat khabar




Seterusnya, saya juga mengajar murd dengan menulis huruf tunggal 
di atas pinggan kertas dengan menggunakan jintan 



Penggunaan tali juga saya gunakan untuk membezakan huruf tunggal 
dan huruf bersambung



Akhir sekali (tapi bukan akhir sebenarnya..gambar x jumpa  dalam hard disk
saya akan menilai murid dengan permainan bowling.


Kesimpulannya, pelbagai bahan yang kita boleh gunakan. Jika seseorang guru mengaplikasikan pelbagai BBM di dalam kelas, murid mudah mengingat dan mudah dapat apa yang kita ajar. Murid sentiasa menanti kita dan merasai kehilangan kita apabila kita tiada untuk kelas itu nanti. Babai..