Organisasi Kandungan Pendidikan Islam
Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang iaitu :-
1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
1.1
Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
1.2 Menghafaz
ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
1.3
Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’ Amma (juzu’ 30) dan menghayati pengajarannya.
2. Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah.Bidang ini memberi tumpuan untuk :-
2.1
Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
2.2
Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya.
2.3
Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w.
2.4
Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
3.1
Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan
Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
3.2
Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri
sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.
4. Bidang Pelajaran Jawi.Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
4.1
Menulis tulisan Jawi dengan baik.
4.2
Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
4.3
Mempelajari asas seni tulisan Jawi.
Tumpuan-tumpuan yang dinyatakan di
atas hendaklah diambil kira semasa menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan melaksanakan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran; Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak
Islamiah diajar khusus dalam Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab
terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar,
masyarakat, dan Negara berteraskan 4 nilai utama Syaja‘ah, ‘Iffah, ‘Adalah dan
Hikmah yang akhirnya membina pelajar beradab dan menghayati nilainilai akhlak.
Kesemua bidang di atas merupakan
kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t. Pengetahuan
dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini
adalah sesuai dengan peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan
rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para
sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan sumber
daripada ilmu-ilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh dijadikan
asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini.
Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh pada peringkat sekolah rendah
ini dapat diteruskan ke peringkat menengah.